KEK PISANG

Tuesday, February 27, 2018

KEK COKLAT KUKUS...










KEK COKLAT KUKUS
rujukan :    FB@Aneka Resepi Cake...



Bahan-Bahan :

1  cawan  serbuk koko
1  cawan  gula pasir
1  cawan  susu cair
1  cawan  minyak masak atau marjerin yang dicairkan
1/2  cawan  susu pekat manis
1 1/4  cawan  tepung gandum atau tepung kek
1  sudu teh  baking powder
1  sudu teh  soda bikarbonate
4  biji  telur gred A/B
1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Campurkan gula pasir, susu cair, susu pekat manis, minyak/marjerin cair ke dalam periuk atau kuali.  Masak di atas api hingga larut.  Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

2.  Dalam bekas lain, ayakkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonate.  Ketepikan.

3.  Pukul telur hingga kembang.  Masukkan campuran pertama (no.1) tadi ke dalam adunan telur, kacau sebati.

4.  Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonate.  Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

5.  Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

6.  Sapukan marjerin pada loyang.  Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.

7.  Kukus kek selama 1 jam.  Acuan saiz seperti di atas kukus selama 20 minit hingga masak.


Topping Untuk Kek Coklat :

1  cawan  susu pekat manis
1  sudu makan  serbuk koko
2  sudu makan  mentega

Cara-Cara :

Masukkan semua bahan ke dalam kuali/periuk.  Kacau perlahan hingga larut.  Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.  Sejukkan sebentar sebelum dituangkan di atas kek coklat.

ATAU :

500  gm  coklat masakan  ~  dicincang kecil
220  ml  susu cair

Cara-Cara :

Kalau menggunakan coklat masakan, masak menggunakan teknik double boiler...

COCOA BANANA CHIFFON CAKE...










COCOA BANANA CHIFFON CAKE
adapted from :    anncoojournal.com



Ingredients :

60  gm  cake flour or plain flour
15  gm  cocoa powder
1  tbsp  corn flour (starch)
4  large  egg yolks
35  gm  caster sugar
40  gm  corn oil
115  gm  over-ripe banana  ~  mashed


Meringue :

4  large  egg whites
1/2  tsp  cream of tartar or use lemon juice
65  gm  caster sugar


Direction :

1.  Preheat oven to 170'C.  Sift flour, cocoa powder and corn flour together and set aside.

2.  Beat egg yolks and sugar with a hand whisk until slight pale with a hand whisk.  Add oil, mix well followed by mashed banana and combine well.

3.  Sift the flour for the second time directly into the yolk mixture together, combine well to smooth.

4.  Meringue :   Whisk egg whites and cream of tartar until frothy.  Add sugar (65 gm) in 2 batches and whisk until stiff peak and glossy-looked.

5.  Fold 1/3 of meringue into the yolk batter with a spatula.  Then pour in the remaining egg whites, gently fold the mixture again until just combined.

6.  Pour batter into a 20cm ungreased chiffon tube pan and bake in the preheated oven for about 40-45 minutes until done.

7.  Remove chiffon cake from oven.  Invert cake immediately on a wire rack to cool completely before unmoulding...


NOTE :    Can add some chocolate chips, about 20 to 30 gm for more chocolatey flavour or even finely chopped or grind walnuts for some extra bite (add after mixing of meringue, step 4).  Please keep in mind that all oven temperature and baking time varies...

SAMBAL KICAP AYAM...









SAMBAL KICAP AYAM
rujukan :    hanieliza...



Bahan-Bahan :

500  gm  ayam  ~  dipotong kecil
2  batang  serai  ~  diketuk
5  helai  daun limau purut  ~  dikoyak
5  sudu besar  kicap
2  sudu besar  sos tomato
3  sudu besar  minyak masak
Garam  (sekiranya perlu)


Bahan Dikisar :

20  tangkai  cili kering  ~  direbus hingga lembut
5  ulas  bawang merah
1  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia
1/2  cawan  air


Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh dan toskan.
2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.
3.  Masukkan ayam dan kacau.  Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.
4.  Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5.  Masakkan hingga naik minyak.
6.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan...

Monday, February 26, 2018

PUDING SAGU GULA MELAKA...








PUDING SAGU GULA MELAKA
rujukan :    duniamasakan Jalilah JJ



Bahan Sagu :

1  cawan  biji sagu warna putih
1  liter  air  (5 cawan)
1  helai  daun pandan  ~  disimpul
Pewarna pilihan


Bahan Tambahan :    Sumi jelly, mangga, jagung manis dll..


Cara-Cara :

Rendam biji sagu 10-15 minit dan toskan.  Didihkan air dengan daun pandan.  Masukkan sagu yang ditoskan tadi, masak sehingga hilang putihnya.
Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji.  Titiskan dengan warna pilihan dan kacau menggunakan garfu.
Tuangkan ke dalam acuan yang disukai.  Masukkan ke dalam peti sejuk.


Untuk Manisan :

1  ketul  gula Melaka
1/2  cawan  gula pasir
1/2  cawan  air
1  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara-Cara :

Satukan semua bahan manisan di dalam periuk, masak sehingga gula larut dan pekat.  Kemudian ditapis.


Bahan Santan :

1  cawan  pati santan
1/4  sudu kecil  garam

Cara-Cara :

Masak di atas api sebentar menggunakan air yang sudah masak andai menggunakan kelapa parut segar.

Atau :

Susu cair + susu pekat dan sedikit garam .... masak atas api sebentar...

Cara Menghidang :

Masukkan sagu, bahan tambahan ke dalam mangkuk/gelas, tuangkan bahan santan secukupnya kemudian tuangkan sedikit bahan manisan secukup rasa.  Hidangkan sejuk...

KACANG PANJANG GORENG TAUHU...









KACANG PANJANG GORENG TAUHU




Bahan-Bahan :

12  batang  kacang panjang  ~  dipotong menyerong anggaran 3cm
2  biji  cili merah  ~  dihiris menyerong
3  biji  bawang merah kecil  ~  dihiris
2  ulas  bawang putih  ~  dihiris
2  keping  tahu  ~  dihiris ikut citarasa & digoreng hingga masak
2  sudu makan  ikan bilis  ~  dicuci bersih & toskan
1  sudu makan  sos tiram
3  sudu makan  minyak masak
Sedikit air  (jika perlu)


Cara Memasak :

Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga wangi.
Masukkan kacang panjang, kacau hingga kacang sedikit lembut.
Masukkan sos tiram, tauhu yang digoreng dan cili merah.  Kacau sebati dan masukkan sedikit air jika perlu.  Tambah sedikit garam (jika perlu).
Sesuaikan rasanya, tutup api dan hidangkan...

Sunday, February 25, 2018

BANANA CAKE WITH CHOCOLATE ICING...










BANANA CAKE WITH
CHOCOLATE ICING
(moist & delicious)...
adapted from :    anncoojournal.com



Ingredients :

125  gm  unsalted butter, at room temperature
120  gm  light brown sugar
2  large  eggs  (about 70 gm each with shell)
250  gm  overly ripe banana  ~  mashed
1  tsp  vanilla extract
1  tsp  baking soda
2  tbsp  hot milk
230  gm  cake flour or plain flour
1  tsp  baking powder


Chocolate Icing :

2  tbsp  unsalted butter
1.5  tbsp  cocoa powder  ~  sifted
6  tbsp  icing sugar  ~  sifted
1/4  tsp  vanilla extract
1 - 1.5  tbsp  fresh milk


Directions :

1.  Preheat oven to 180'C.  Line a 8 inch round cake pan and grease the sides.  Set aside.

2.  Beat butter and sugar till light and fluffy.  Beat in eggs one at a time.  Stir in mashed banana and vanilla extract till combined.

3.  Mix baking soda and hot milk together before stirring into the banana mixture.  Sift in flour and baking powder, fold well with a rubber spatula till well combined.

4.  Pour banana mixture into prepared cake pan and bake in the preheated oven for about 40-45 minutes or a skewer inserted comes out clean.

5.  Set aside to cool cake in pan for 5-10 minutes before lifting out onto rack to cool.

6.  Chocolate Icing :   Melt butter in a small pot at low heat.  Pour in cocoa powder and mix well.  Then add icing sugar, stir well and take off from heat.  Add vanilla extract, fresh milk little by little into it, stir mixture until smooth and have spreading consistency you desire.

7.  Spread chocolate icing on top of cake and chill the cake for about 30 minutes before serving...

Saturday, February 24, 2018

JEMPUTAN...


24/2/2018 (Sabtu)  Jemputan majlis perkahwinan anak lelaki Hjh. Faizah Abd Rahman (sahabat lama ketika menetap di Fasa 3, Kerteh, Terengganu) semasa  mengikuti suami bertugas di Petronas.  Acara majlis bertempat di Mines International Exhibition Centre,
Seri Kembangan, Selangor..terima kasih...

Friday, February 23, 2018

STRAWBERRY HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE...










STRAWBERRY HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE
sumber :    tiffinbiru@CMG
yields :   8 biji




Bahan A :

3  biji  kuning telur gred A
20  gm  gula kastor
35  gm  minyak jagung
60  ml  susu segar
70  gm  tepung kek atau tepung gandum  (saya guna tepung kek)


Bahan B :

3  biji  putih telur gred A
25  gm  gula kastor
Secubit garam  (optional)


Bahan C :

65  gm  whipping cream
15  gm  gula kastor
45  gm  puree strawberry segar  (saya guna blueberry segar)

Buah strawberry segar untuk hiasan  (saya guna blueberry fruit filling)


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 170'C, sediakan bekas untuk cupcake.  Ketepikan.

2.  Dalam mangkuk bersih, satukan kuning telur dan gula kastor (20 gm), kacau dengan whisk hingga sebati dan pucat.  Masukkan susu segar, minyak, kacau lagi.  Ayakkan tepung ke dalam bancuhan dan gaul hingga rata dan tidak berbintil-bintil.  Ketepikan sebentar.

3.  Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula kastor (25 gm) dan secubit garam.  Putar hingga kental (soft peak), jangan sampai terlampau kental.  Gaulkan 1/3 putih telur ke dalam bancuhan kuning telur, gaul dengan kaedah kaupbalik hingga sebati kemudian masukkan baki putih telur dan gaul rata.

4.  Sudukan ke dalam bekas cupcake hingga hampir penuh (90%).  Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit hingga masak, gunakan rak tengah.  Biarkan kek sejuk dan boleh dipaipkan dengan whipping cream.  Hias dengan strawberry segar.  Simpan cupcake tadi di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

5.  Untuk whipping cream :   Putar whipping cream dengan gula kastor hingga kental.  Masukkan puree strawberry, gaul rata dan sedia untuk digunakan...

RESEPI NASI GORENG CILI KERING...










RESEPI NASI GORENG CILI KERING
sumber :    daridapuraida.blogspot.my




Bahan-Bahan :

3  mangkuk nasi putih  (sebaiknya nasi sejuk semalam)
3  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih
1  cm  belacan
1/2  genggam  cili kering  ~  direndam dalam air panas hingga lembut & toskan
1/2  genggam  ikan bilis  ~  dicuci bersih, rendamkan seketika & toskan
2  biji  telur
Sayur pilihan ikut suka  (saya guna kacang panjang)
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Sedikit garam  (jika perlu)


Cara Memasak :

Tumbuk cili kering, ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga hancur.  Tidak perlu lumat sangat.
Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bahan tumbuk sehingga masak dan garing.
Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali, biarkan seketika.  Bila dah agak keras barulah dikacau rata.
Masukkan sayur pilihan, kacau hingga sedikit lembut kemudian masukkan nasi dan gaul rata.
Perasakan dengan garam secukupnya (jika perlu) tapi jangan banyak sebab ikan bilis dan belacan dah masin. 
Hidangkan!!!!

Thursday, February 22, 2018

APPLE CRUMBLE MUFFIN...









APPLE CRUMBLE MUFFIN
rujukan :    tiffinbiru@CMG
menghasilkan :    13 biji



Bahan-Bahan :

1 3/4  cawan  tepung berserbuk penaik@self-raising flour
1  sudu teh  baking powder
1/3  cawan  gula kastor
75  gm  mentega  ~  dicairkan
1  biji  telur gred A/B
1  sudu teh  esen vanilla
3/4  cawan  susu segar  (atau  3/4 cawan susu cair + 1/4 cawan air)
2  biji  epal hijau  ~  dibuang kulit, empulur & didadu sederhana besar


Bahan-Bahan Crumble :

1/2  cawan  tepung gandum
60  gm  mentega  ~  didadu kecil-kecil & sejukkan
1/4  sudu teh  garam halus
1/8  sudu teh  serbuk kayu manis (optional)
1/4  cawan  gula pasir kasar


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 200'C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan papercup secukupnya.  Ketepikan.

2.  Satukan bahan-bahan untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi tekstur seakan-akan serbuk roti yang kasar.  Ketepikan.

3.  Di dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula kastor.  Ketepikan.  Di dalam bekas lain, satukan mentega cair, telur, susu segar dan esen vanilla, kacau rata dengan menggunakan whisk.

4.  Kemudian masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja.  Masukkan epal dan gaul sekali lagi sehingga rata dan sebati.  Jangan terlebih gaul.  Sudukan ke dalam bekas-bekas yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.

5.  Taburkan dengan "crumble" tadi di atas setiap muffin, tekan-tekan sedikit.  Bakar selama 25 minit atau sehingga masak sepenuhnya...

SINGGANG IKAN KEMBUNG...









SINGGANG IKAN KEMBUNG
rujukan :    Naz@ovenkecil...




Bahan-Bahan :

3-4  ekor  ikan kembung  ~  disiang & dibersihkan
2  batang  serai  ~  ketuk
3  ulas  bawang putih  ~  dimayang
3  ulas  bawang merah  ~  dimayang
1  inci  halia  ~  dihiris
1  inci  lengkuas  ~  dihiris atau diketuk
1  biji  tomato  ~  dibelah empat  (tambahan)
1-2  keping  asam gelugur
1/2  sudu kecil  serbuk kunyit
3  biji  cili padi  (boleh lebihkan jika suka pedas)
1  biji  cili merah  ~  dibelah  (tambahan)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1/2  sudu kecil  gula  ~  untuk seimbangkan rasanya sekiranya perlu


Cara Memasak :

1.  Masukkan air secukupnya dan semua bahan lain ke dalam periuk kecuali ikan, tomato, cili merah, garam, gula dan cili padi.  Rebus sehingga mendidih.

2.  Kecilkan api dan masukkan ikan, tomato, garam, gula, cili merah dan cili padi.  Renehkan sehingga ikan masak.  Rasakan kuahnya, biar terasa masin dan masamnya.

3.  Tutup api dan sedia dihidangkan...