KEK PISANG
▼
Thursday, February 22, 2018
SINGGANG IKAN KEMBUNG...
SINGGANG IKAN KEMBUNG
rujukan : Naz@ovenkecil...
Bahan-Bahan :
3-4 ekor ikan kembung ~ disiang & dibersihkan
2 batang serai ~ ketuk
3 ulas bawang putih ~ dimayang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 inci halia ~ dihiris
1 inci lengkuas ~ dihiris atau diketuk
1 biji tomato ~ dibelah empat (tambahan)
1-2 keping asam gelugur
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji cili padi (boleh lebihkan jika suka pedas)
1 biji cili merah ~ dibelah (tambahan)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil gula ~ untuk seimbangkan rasanya sekiranya perlu
Cara Memasak :
1. Masukkan air secukupnya dan semua bahan lain ke dalam periuk kecuali ikan, tomato, cili merah, garam, gula dan cili padi. Rebus sehingga mendidih.
2. Kecilkan api dan masukkan ikan, tomato, garam, gula, cili merah dan cili padi. Renehkan sehingga ikan masak. Rasakan kuahnya, biar terasa masin dan masamnya.
3. Tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment