KEK PISANG
▼
Friday, February 2, 2018
SAMBAL GORENG IKAN BILIS & TEMPE...
SAMBAL GORENG IKAN BILIS
& TEMPE
Bahan-Bahan :
1 paket tempe
1 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
1 sudu besar jus limau kasturi ataupun cuka
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Bahan Dikisar :
20 tangkai cili kering ~ direndam hingga kembang & toskan
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Cara Memasak :
1. Tempe dipotong kecil dan digoreng garing.
2. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan masukkan jus limau ataupun cuka.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya dan sesuaikan rasanya.
4. Apabila naik minyak, masukkan ikan bilis dan tempe.
5. Gaul rata dan angkat dari kuali. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment