KEK PISANG

Friday, March 30, 2018

SAWI PUTIH MASAK LEMAK...








SAWI PUTIH MASAK LEMAK




Bahan-Bahan :

3  pokok  sawi putih
1  sudu besar penuh  udang kering/ikan bilis  ~  rendam 10 minit, tos & tumbuk kasar
1/2  biji  bawang besar  ~  hiris halus
3  ulas  bawang putih  ~  dititik
1  biji  cili merah  ~  hiris menyerong
800  ml  santan cair
300  ml  pati santan
Air jika perlu
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Sawi putih di leraikan, cuci dibawah air paip dan toskan.  Siang berasingan daun dan batangnya.  Ketepikan.

2.  Masukkan udang kering/ikan bilis tumbuk, bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk bersama santan cair, kacau dan masak sehingga mendidih.  Masukkan batang sawi dan masak sehingga batang sawi lembut.

3.  Masukkan pula daun sawi, jika kurang kuahnya bolehlah ditambahkan air sedikit lagi.  Kemudian tuangkan pati santan, kacau perlahan dan biarkan mendidih.

4.  Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.  Masukkan hirisan cili merah, masak sekejap saja, sesuaikan rasa dan tutup api.  Sedia dihidangkan...

MASAK LEMAK CILI API BERSAMA TEMPOYAK...









MASAK LEMAK CILI API
BERSAMA TEMPOYAK
rujukan :    Fiza's Cooking...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  ~  dipotong lapan
1  helai  daun kunyit  ~  disimpul
1  batang  serai  ~  diketuk
1  sudu besar  tempoyak
1  cawan  santan pekat
2  mangkuk  air
1  keping  asam gelugur
Terung telunjuk secukupnya  (ikut selera, pilihan)  (saya guna ubi kentang yang direbus terlebih dahulu untuk proses mempercepatkan masakan)
Garam & gula secukup rasa


Bahan Dikisar/Ditumbuk :

10  tangkai  cili padi
1  inci  kunyit hidup


Cara Memasak :

1.  Bersihkan ayam, masukkan ke dalam periuk.  Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk tersebut dan gaul bersama ayam tadi.

2.  Setelah itu masukkan pula asam gelugur, daun kunyit dan serai.

3.  Tuangkan pula santan dan 1 mangkuk air ke dalam periuk tersebut dan masak di atas api yang perlahan sambil dikacau sesekali sehingga pecah minyak.

4.  Masukkan terung telunjuk/ubi kentang yang direbus tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

5.  Akhir sekali masukkan tempoyak dan lebihan 1 mangkuk air lagi dan renihkan sehingga ayam benar-benar masak dan santan pecah minyak.  Setelah itu bolehlah dimatikan api dan hidangkan...

Wednesday, March 28, 2018

KEK MILO SEDAP...









RESEPI KEK MILO SEDAP
rujukan :    buatoranglapo...




Bahan-Bahan :

1  cawan  serbuk Milo
1  cawan  gula kastor
3/4  cawan  susu pekat manis
1  cawan  minyak jagung/minyak masak
1  cawan  air panas
2  cawan  tepung naik sendiri
3  biji  telur  (saya guna gred A)
1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Satukan serbuk Milo, gula, susu pekat manis, minyak dan air panas di dalam periuk dan masakkan sehingga semuanya sebati menggunakan api kecil.  Ketepikan.

2.  Pukul telur bersama esen vanilla sehingga kembang.

3.  Masukkan adunan Milo tadi ke dalam adunan telur.  Pukul sehingga rata.

4.  Masukkan pula tepung dan gaul sehingga sebati.

5.  Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat  yang dialas dengan kertas minyak.

6.  Kukus selama 1 jam sehingga masak.


Bahan Topping :

1/2  cawan serbuk Milo
1  sudu besar  mentega
1  sudu besar  air panas
1/2  cawan  susu pekat manis


Cara-Cara :

1.  Masak kesemua bahan topping secara double boil sehingga sebati dan pekat.
2.  Tuangkan ke atas kek yang telah masak...


INFO :    Boleh gantikan serbuk Milo dengan serbuk koko untuk membuat topping...

FRESH KIWI JUICE RECIPE...









FRESH KIWI JUICE RECIPE
adapted from :    pepperbowl.com
serve :    2 people



Ingredients :

2  Kiwi Fruit
1/4  cup  sugar or to taste
A pinch of salt
4  cups  water
1  cup  ice cubes


Direction :

1.  Wash and clean Kiwi fruit.  Cut them crosswise.  Scoop out the pulp with a sharp edged spoon.

2.  In a blender, add the scooped out kiwi pulp, sugar, salt and water.  Blend it until it forms a smooth pulp.  Do not over blend it, as it may crush the seeds.

3.  The seeds add a great texture to the juice and the children would definitely love the texture while quenching it.

4.  Serve it by topping it with ice cubes..ENJOY!!!

SOSEJ MASAK LADA HITAM...








SOSEJ MASAK LADA HITAM




Bahan-Bahan :

1  paket  sosej  ~  dipotong dua &  direbus atau digoreng seketika
1  labu  bawang holland  ~  hiris kasar memanjang
2  batang  cili merah  ~  dihiris
2  inci  halia  ~  dihiris memanjang
3  ulas  bawang putih  ~  dicincang
6  biji  cendawang butang  ~  dihiris
1  sudu besar  serbuk lada hitam atau sos lada hitam
3  sudu besar  sos tiram
5-6  titik  kicap manis untuk memberi warna dan rasa
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air
Bancuhan tepung jagung secukupnya
Minyak masak


Cara Memasak :

Panaskan minyak.  Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan sos tiram dan kicap.  Masukkan sedikit air dan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masukkan sosej, cendawan butang dan gaul sebati.  Biarkan seketika sehingga mendidih.
Akhir sekali masukkan bawang holland dan cili merah.  Gaul sebati dan taburkan dengan sedikit lada hitam kasar sebagai hiasan, jika suka.  (saya tak letak sebab tiada stok)...





 Bunga Melur yang harum meriah berbunga  setelah menggunakan Aji-No-Moto sebagai baja...




Tuesday, March 27, 2018

PUDING KARAMEL VERSI BAKAR...









PUDING KARAMEL VERSI BAKAR
rujukan :    honeydeekitchen.blogspot.my




Bahan Puding :

400  ml  susu segar full cream
5  biji  telur  (saya guna gred A)
1/4  cawan  susu pekat manis
1  sudu besar  tepung kastad
1  sudu teh  esen vanilla


Untuk Karamel :

6  sudu besar  gula pasir


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C.  Masukkan tray/loyang yang berisikan air panas ke dalam oven.

2.  Kita sediakan karamel terlebih dahulu.  Masukkan gula pasir ke dalam loyang berukuran 8 inci bulat (saya guna 4 biji ramekin seperti di atas).  Panaskan loyang di atas dapur menggunakan api kecil.  Sentiasa kacau gula tersebut.  Bila gula sudah cair dan warnanya keperangan, matikan api.  Jangan biarkan warna karamel menjadi gelap kerana karamel akan menjadi pahit.  Ketepikan.

3.  Masukkan telur, susu segar full cream, susu pekat manis ke dalam mangkuk besar dan kacau perlahan-lahan.  Jangan kacau laju-laju sehingga berbuih, nanti puding akan berlubang-lubang.

4.  Masukkan esen vanilla dan tepung kastad.  Kacau perlahan-lahan.  Tapis adunan tadi semasa dituangkan ke dalam loyang.

5.  Loyang puding ini kemudian diletakkan di dalam tray/loyang yang berisi air panas di dalam oven.

6.  Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak secara steam-bath...


INFO :   cara saya buat karamel, masukkan gula pasir dan 3 sudu besar air ke dalam periuk kemudian masak di atas di atas api sederhana tanpa dikacau sekadar periuk di goyang-goyang saja sehingga gula bertukar warna keperangan.  Setelah bertukar warna terus tuangkan ke dalam loyang...

Sunday, March 25, 2018

JEMPUTAN WALIMATUL URUS...



25/3/2018 (Ahad)  Jemputan Walimatul Urus puteri kepada sahabat baik ku ketika menetap di Taman Kenari, Sg. Chua, Kajang, Pn. Zaharah Arsat & suami bertempat di Dewan D'Lavender, Bukit Damansara, KL.  Terima kasih di atas jemputan...

KUIH SERI MUKA ALA NYONYA...

 Bunga Telang...









KUIH SERI MUKA ALA NYONYA
rujukan :    DapurTanpaSempadan@CMG...



Bahan Lapisan Bawah (Pulut) :

350  gm  pulut  ~  cuci & rendam 3 jam  (saya guna pulut susu, rendam 45 minit saja) ~ toskan
230  ml  santan cair
1  sudu teh  garam
1/2  sudu teh  minyak makan
1  helai  daun pandan  ~  disimpul
25  kuntum  bunga telang  ~  tumbuk lumat *
1  sudu besar  air panas *  ( * disatukan, gaul rata, perah untuk mendapatkan warna biru, tapis )


Bahan Lapisan Atas (Kepala) :

300  ml  santan
3  biji  telur gred A
4  helai  daun pandan  ~  potong kecil
180  gm  gula pasir
4  sudu teh  tepung jagung
2 3/4  sudu besar  tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau makanan
Secubit garam


Cara-Cara :

1.  Untuk Lapisan Bawah (Pulut) :   Panaskan kukusan.  Lenser acuan bulat berukuran 9 inci dengan sedikit minyak makan kemudian alas dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi.  Ketepikan.

2.  Masukkan pulut ke dalam acuan.  Satukan garam, minyak masak dan santan.  Kacau rata dan tuangkan ke dalam pulut tadi.  Letakkan daun pandan dan kukus selama 20 minit.  Kemudian keluarkan 1/3 bahagian pulut dan campur dengan jus bunga telang (warna biru), kacau rata.  Kemudian tompok-tompokkan pada pulut putih (yang ini ikut kreatif masing-masing).  Kukus semula selama 5 minit lagi.  Keluarkan dan tekan padat-padat.  Ketepikan.

3.  Untuk Lapisan Atas (Kepala) :   Kisar daun pandan dan santan, tapis dan perah untuk mendapatkan santan pandan.  Pukul telur dan gula pasir hingga berkrim.  Masukkan santan pandan, garam, pewarna hijau makanan, tepung jagung dan tepung gandum.  Kacau rata dengan whisk hingga licin.  Tapiskan ke dalam bekas tahan panas.  Kacau di atas air mendidih (double boiler) hingga bancuhan suam.  Matikan api.

4.  Untuk Kuih Seri Muka :   Tuangkan kepala kuih di atas pulut.  Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus untuk 25-30 minit, guna api sederhana.  Bila masak, buka aluminium foil dan biarkan kuih sejuk sekejap dalam kukusan.  Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan bolehlah dipotong.  Hidangkan...


Catatan :   CM guna acuan bulat 9 inci jenis spring form.  Acuan ini memudahkan anda untuk mengeluarkan kuih bila sejuk nanti.  Kalau anda nak kacau bancuhan kepala atas api, juga boleh, tapi bagi yang baru nak mencuba, elok buat macam CM, untuk mengelakkan ia hangus dan menjadi terlalu kental...

Saturday, March 24, 2018

CHEDDAR CHEESE CHIFFON CAKE...










CHEDDAR CHEESE CHIFFON CAKE
adapted :    chinese magazine 'yumyum.com.my



Ingredients A :

70  ml  milk
70  ml  corn oil
20  gm  caster sugar
1  slice  Cheddar cheese
80  gm  superfine flour
5  egg  yolks  (I use grade A)


Ingredients B :

5  egg  whites  (grade A)
80  gm  caster sugar
1/4  tsp  cream of tartar

2  slices  Cheddar cheese  ~  cut into small pieces


Method :

1.  In a saucepan, heat and stir milk, corn oil, 20gm sugar and Cheddar cheese until melted.  Remove from heat, add in superfine flour and stir well while it is still hot.  Add in egg yolks and stir until just combined.  (Note :  Do not over mix to avoid gluten from developing which will destroy the texture of cake).

2.  Pour egg whites in a clean mixing bowl and beat until big bubbles is formed.  Add cream of tartar and caster sugar (80 gm) in 3 batches and continue beating until stiff peaks form.

3.  Mix 1/3 of whisked egg white into egg yolk mixture and stir well.  Combine with the remaining whisked egg white and mix well.  Pour into a 8 inch chiffon cake tin (ungreased) and arrange cheddar cheese slices on top.

4.  Bake in the preheated oven at 160'C with bottom heat for 10 minutes.  Turn to up and bottom heat and bake for another 35-45 minutes until cooked.

5.  Remove from oven and invert it immediately.  Leave to cool before cutting into pieces...


Note :   If the surface of cake become golden brown but not cooked yet, you may cover the top with aluminium foil and continue baking until the time's up.  This can prevent the cake from burning...



PEANUT BUTTER CHIFFON CAKE...











PEANUT BUTTER CHIFFON CAKE
adapted from :    reesekitchen.blogspot.co.id
yield :   8 inch cake



Egg Yolk Batter :

2  egg  yolks  (I use grade A)
40  gm  peanut butter  (I use chunky peanut butter)
2  tbsp  peanut oil
4  tbsp  full cream milk
18  gm  fine sugar
60  gm  self-raising flour  ~  sifted


Egg White Foam :

2  egg  whites  (Grade A)
1/4  tsp  cream of tartar
40  gm  fine sugar


Directions :

Preheat oven at 170'C.
To make the egg yolk batter :  melt peanut butter and oil in a pot over low heat.  Set aside to cool slightly.
Beat egg yolks with sugar (18 gm) till the sugar dissolves slightly then add in the peanut butter mixture.  Mix well.
Add in milk then fold in flour until if forms smooth batter.
Beat the egg whites and cream of tartar until mixture forms soft peaks.
Gradually add in sugar (40 gm) beating at high speed until frothy and stiff peaks formed.
Divide the egg whites foam into 2 portion, gently fold the egg whites into the egg yolk batter. till well combined.
Pour batter into prepared mold/tube pan.
Bake at 170'C for 30 minutes or until cooked.
Remove from oven, invert cake onto table (if using tube pan) until completely cooled.

NOTE :  if using paper mold (bought from Daiso), invert the cake is not necessary...