KEK PISANG
▼
Wednesday, March 28, 2018
SOSEJ MASAK LADA HITAM...
SOSEJ MASAK LADA HITAM
Bahan-Bahan :
1 paket sosej ~ dipotong dua & direbus atau digoreng seketika
1 labu bawang holland ~ hiris kasar memanjang
2 batang cili merah ~ dihiris
2 inci halia ~ dihiris memanjang
3 ulas bawang putih ~ dicincang
6 biji cendawang butang ~ dihiris
1 sudu besar serbuk lada hitam atau sos lada hitam
3 sudu besar sos tiram
5-6 titik kicap manis untuk memberi warna dan rasa
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air
Bancuhan tepung jagung secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak :
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan sos tiram dan kicap. Masukkan sedikit air dan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masukkan sosej, cendawan butang dan gaul sebati. Biarkan seketika sehingga mendidih.
Akhir sekali masukkan bawang holland dan cili merah. Gaul sebati dan taburkan dengan sedikit lada hitam kasar sebagai hiasan, jika suka. (saya tak letak sebab tiada stok)...
No comments:
Post a Comment