KEK PISANG
▼
Friday, March 9, 2018
AIS KRIM SUMI...
RESEPI AIS KRIM SUMI
Bahan-Bahan :
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 sudu besar tepung jagung
4 tin air kosong (sukat menggunakan tin susu cair)
2 paket sumi jelly ~ dipotong kecil memanjang
Secubit garam
Plastik aiskrim secukupnya
Cara Penyediaan :
Campurkan kedua-dua susu (susu cair & susu pekat) dengan 1 tin air dan garam.
Masak sampai garam hancur/larut.
Masukkan lagi baki 3 tin air dan tepung jagung, kacau rata hingga hampir mendidih.
Sumi yang telah dipotong tadi masukkan ke dalam plastik aiskrim.
Selepas itu tuangkan adunan cecair tadi ke dalam plastik aiskrim. Ikat dengan kemas.
Bila telah sedikit suam, masukkan ke dalam peti sejuk. Sejuk bekukan...
No comments:
Post a Comment