KEK PISANG
▼
Wednesday, March 14, 2018
AYAM MASAK KICAP LADA HITAM...
RESEPI AYAM MASAK KICAP
LADA HITAM
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong ikut suka, gaulkan dengan garam, kunyit & goreng seketika
4 sudu besar kicap pekat masin
1 keping asam gelugor atau 1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
1 biji cili merah/hijau ~ belah dua kemudian hiris memanjang
Gula secukup rasa
Serbuk perasa atau kiub pati ayam
1 bungkus kecil soohun ~ direndam seketika (tak letak)
8 tangkai kacang panjang ~ dipotong anggaran 1 cm (saya tambah)
Bahan ditumbuk :
1 cm halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar lada hitam biji atau serbuk lada hitam
Cara Memasak :
1. Tumiskan bahan tumbuk sehingga berbau wangi.
2. Masukkan kicap pekat, asam gelugor dan sedikit air. Biarkan mendidih. Jumlah air mengikut citarasa masing-masing.
3. Masukkan sedikit serbuk perasa atau kiub pati ayam dan kacau rata.
4. Masukkan pula ayam goreng, kacang panjang, bawang besar, gula secukup rasa dan cili merah/hijau. Gaul rata sehingga bawang, kacang panjang dan cili sedikit layu/lembut.
5. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment