KEK PISANG
▼
Sunday, March 11, 2018
KARI DAGING...
RESEPI KARI DAGING
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
1/4 kg daging batang pinang ~ dipotong ikut suka
2 biji ubi kentang (saya guna tomato ~ dibelah 4)
1/2 batang lobak merah (saya tambah ~ dipotong kiub)
4-5 ulas bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
Rempah penumis ~ kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 pek santan kotak (dalam 200 ml)
1 keping asam gelugor atau air asam jawa
2 tangkai cili hijau (saya tambah)
Sedikit kerisik
Garam, serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang-bawang, halia yang dihiris serta daun kari. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk rempah kari dan kacau rata dengan cepat supaya tidak hangit. Kemudian, baru masukkan sedikit air. Biarkan ianya mendidih dan pecah minyak.
NOTA : jangan bancuh serbuk rempah kari dengan air, biarkan kering.
3. Setelah itu, dimasukkan daging dan lobak merah. Teruskan masak sehingga daging dan lobak merah empuk. Jika perlu, boleh masukkan sedikit santan cair semasa daging sedang masak.
4. Setelah daging hampir empuk, masukkan santan, air secukupnya dan tomato. Biarkan ianya masak dan daging empuk dan kuah benar-benar terbit minyak.
5. Akhir sekali masukkan asam gelugor, cili hijau, garam, kerisik dan serbuk perasa secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api...
No comments:
Post a Comment