KEK PISANG
▼
Sunday, March 4, 2018
SAMBAL TELUR BERSERAI...
RESEPI SAMBAL TELUR BERSERAI
rujukan : Majalah RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
5 biji telur ~ rebus, kupas kulit & goreng hingga kekuningan/berkulit
8 biji cili merah ~ dikisar
5 biji bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
1 batang serai ~ titik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Apabila sudah naik bau, pecah minyak, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
2. Akhir sekali masukkan telur yang digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
3. Angkat dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment