KEK PISANG
▼
Friday, March 2, 2018
TELUR GORENG MASAM MANIS...
TELUR GORENG MASAM MANIS
Bahan-Bahan :
5 biji telur ayam ~ goreng mata kerbau & letakkan dalam pinggan
5 biji bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
1/2 inci halia ~ kisar
1 sudu makan cili kisar
3 sudu makan tomato puri atau tomato sos
1 biji tomato ~ dipotong ikut citarasa
Sedikit hirisan cili merah dan hijau
1/2 cawan air
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Sedikit daun bawang ~ hiris kasar
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
2. Setelah pecah minyak, masukkan tomato puri atau tomato sos dan air. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
3. Setelah mendidih dan sedikit pekat kuahnya, masukkan tomato, hirisan cili merah dan hijau. Kacau sebati.
4. Angkat, tuangkan di atas telur yang telah siap digoreng tadi dan sedia dihidangkan. Taburkan dengan hirisan daun bawang...
No comments:
Post a Comment