KEK PISANG
▼
Monday, March 5, 2018
TERUNG GORENG...
RESEPI TERUNG GORENG
rujukan : hanieliza...
Bahan-Bahan :
500 gm terung panjang ~ dibelah 2 & potong di tengah
1 sudu besar serbuk kunyit
1 cawan minyak masak
1 sudu makan ikan bilis ~ cuci, toskan & goreng garing (tambahan)
Garam secukup rasa
Bahan Dihiris :
1 labu bawang besar
10 biji cili api
5 biji cili merah
Cara Memasak :
1. Terung digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng seperti menggoreng ikan hingga garing.
3. Apabila sudah garing, angkat dan ketepikan.
4. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar, cili api dan cili merah hingga wangi.
5. Angkat bawang dan cili kemudian tuangkan di atas ikan bilis yang telah digoreng dan terung tadi.
6. Hidangkan bersama nasi putih...
No comments:
Post a Comment