KEK PISANG
▼
Friday, April 6, 2018
AYAM MASAK MADU...
RESEPI AYAM MASAK MADU
rujukan : Majalah SAJI April 2018...
Bahan-Bahan :
6 ketul ayam ~ gaulkan dengan garam & serbuk kunyit
2 batang serai ~ ketuk
1 cm halia *
1/2 labu bawang besar *
6 ulas bawang putih * ( * dikisar )
8 tangkai cili kering * ~ direndam dalam air panas hingga lembut
2 biji tomato ~ dibelah 4 setiap satu (saya tambah)
4 sudu besar sos cili
8 sudu besar madu
Sedikit garam
Minyak masak
Bahan Tumis :
2 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak kembali, tumiskan bahan tumis, masukkan serai, bawang besar, bawang putih dan cili kering yang dikisar tadi sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili dan madu. Kemudian kacau sebati.
4. Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng tadi dan tomato. Biarkan tomato sedikit layu.
5. Angkat dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment