KEK PISANG

Monday, April 2, 2018

IKAN SELAR MASAK PINDANG...









IKAN SELAR MASAK PINDANG




Bahan-Bahan :

4  ekor  ikan selar sederhana besar atau ikan pilihan
1  biji  bawang besar  ~  hiris halus
2  ulas  bawang putih  ~  titik
1  inci  kunyit hidup  ~  titik
2  batang  serai  ~  titik kemudian hiris kasar-kasar
1-2  biji  cili padi  ~  titik
1-2  biji  cili merah & cili hijau  ~  hiris serong
1-2  keping  asam gelugur
2  biji  tomato  ~  belah empat  (tak letak tiada stok)
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya


Cara Memasak :

1.  Ikan dibersihkan lalu ditoskan.  Panaskan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, serai dan cili padi.  Rebus sehingga mendidih.

2.  Kemudian masukkan asam gelugur, kacau dan biarkan mendidih lagi.

3.  Selepas itu masukkan pula ikan dan tomato bersama cili merah dan cili hijau.  Kecilkan api.  Setelah mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.

4.  Setelah ikan masak, tutup api dan bolehlah dihidangkan...

No comments:

Post a Comment