KEK PISANG
▼
Sunday, April 1, 2018
SUP AYAM MUDAH...
RESEPI SUP AYAM MUDAH
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil, cuci bersih & toskan
1 paket Sup Bunjut ADABI
2 ulas bawang putih *
6 ulas bawang merah *
1/2 inci halia * (* ditumbuk)
2 biji kentang ~ dipotong ikut citarasa
1/2 batang lobak merah ~ dipotong ikut citarasa
5 cawan air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Daun sup & bawang goreng untuk hiasan
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk sehingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan air, ayam, kentang, lobak merah dan Sup Bunjut Adabi. Biarkan mendidih di atas api sederhana selama 1/2 jam atau sehingga ayam masak sepenuhnya dan kentang, lobak merah menjadi empuk.
3. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan dengan menaburkan daun sup dan bawang goreng...
No comments:
Post a Comment