KEK PISANG
▼
Thursday, April 5, 2018
SUP IKAN SEDAP...
RESEPI SUP IKAN SEDAP
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
4 potong ikan Siakap atau ikan lain ikut pilihan (saya guna 1 ekor saiz sederhana)
4 cawan air atau secukupnya
Bahan Tumbuk :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji ubi kentang ~ dipotong baji
1/2 batang lobak merah ~ dipotong ikut suka
1 biji tomato ~ dibelah empat
3 biji cili padi ~ diketuk
1 paket sup bunjut
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa
Bahan Hiasan :
Sedikit daun sup ~ hiris kasar
Sedikit bawang goreng
Cara Memasak :
1. Mula-mula tumbuk halia bersama bawang putih dan bawang besar sehingga lumat.
2. Kemudian panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumiskan bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
3. Selepas itu masukkan air, ubi kentang dan lobak merah. Biarkan mendidih dan ubi kentang serta lobak merah sedikit lembut.
4. Setelah mendidih dan ubi kentang serta lobak merah sedikit lembut, masukkan ikan, cili padi, tomato, sup bunjut dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah. Kacau rata dan didihkan lagi sehingga ikan masak sepenuhnya serta ubi kentang dan lobak merah empuk.
5. Taburkan dengan bawang goreng dan sedikit hirisan daun sup sebelum dihidangkan...
No comments:
Post a Comment