KEK PISANG
▼
Sunday, May 27, 2018
AYAM MASAK HITAM...
AYAM MASAK HITAM
sumber : Insta@resepisedap...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
1 biji tomato ~ potong ikut suka (buat hiasan)
1 biji bawang besar ~ potong ikut suka
Kicap lemak manis secukup rasa
Rempah untuk menumis (2 biji pelaga, 1 kuntum bunga lawang & 1 batang kulit kayu manis)
Cara Memasak :
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia.
2. Ayam dipotong kecil, gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam sedikit dan goreng separuh masak.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan rempah tumis dan bahan kisar, biarkan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam goreng tadi, tambahkan kicap lemak manis secukupnya kemudian tambahkan air dalam 1/2 cawan dan tutup kuali dan biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan gula, garam secukup rasa, tomato dan bawang besar. Biarkan mendidih seketika dan apabila kuah dah pekat, tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment