KEK PISANG
▼
Friday, May 18, 2018
IKAN DORY MASAM MANIS...
IKAN DORY MASAM MANIS
Bahan-Bahan :
2 keping fillet ikan dory (setiap satu selebar tapak tangan orang dewasa)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji putih telur
4 sudu makan tepung jagung
1/2 batang lobak merah ~ buang kulit & hiris memanjang@julienne
1 biji bawang besar ~ belah 6
3 ulas bawang putih ~ cincang halus
3 sudu makan cili kisar
3 sudu makan sos tomato *
3 sudu makan sos cili *
2 sudu makan sos plum *
1 sudu kecil sos ikan * ( * disatukan & kacau rata )
1 cawan air
1 sudu teh tepung jagung + 2 sudu besar air = kacau rata
1 sudu teh bijan ~ disangai tanpa minyak hingga wangi
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
Cara-Cara :
1. Fillet ikan dory dipotong kiub, kemudian perap dengan jus limau nipis/limau kasturi selama 15 minit. Cuci bersih dan toskan. Gaul isi ikan tadi dengan serbuk lada sulah dan 1/2 sudu kecil garam hingga rata, perap selama 20 minit. Kemudian gaulkan dengan putih telur dan tepung jagung sehingga rata. Goreng terendam sehingga kuning keemasan. Angkat, toskan dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar. Tumiskan bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing. Guna api kecil, sentiasa dikacau. Masukkan bahan-bahan sos, kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan lobak merah dan bawang besar, masak sehingga lembut. Akhir sekali masukkan isi ikan dory yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan tuangkan bancuhan tepung jagung. Masak sehingga pekat. Sesuaikan rasa dan tutup api. Taburkan dengan bijan dan hirisan daun bawang.
4. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment