KEK PISANG
▼
Wednesday, June 6, 2018
AYAM MASAK KICAP LADA HITAM...
AYAM MASAK KICAP LADA HITAM
rujukan : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ potong ikut citarasa, cuci bersih & toskan
1 biji kentang ~ potong dadu besar-besar & rendam
1/2 batang lobak merah ~ potong kiub
1 biji bawang besar ~ hiris bulat-bulat
1 biji cili merah ~ hiris
10 biji tomato ceri (saya tambah)
3 ulas bawang putih ~ titik
1 inci halia ~ hiris nipis
1 batang leek ~ kerat pendek (tak letak)
1 1/2 sudu makan sos lada hitam ~ jenama Puteri
5-6 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap pekat 'Maggi'
Sedikit air
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Gaul ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng 1/2 masak dengan api sederhana. Angkat dan toskan minyak. Kemudian goreng kentang sehingga perang. Angkat dan toskan minyak.
2. Di dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak, tumis bawang putih, leek dan halia sehingga berbau harum, masukkan sos lada hitam, kacau dan tuangkan sedikit air. Masukkan lobak merah, kicap manis dan pekat, kacau rata dan masukkan ayam goreng tadi.
3. Gaul rata, apabila lobak merah sudah lembut, masukkan kentang goreng, bawang besar, tomato ceri dan cili merah. Masak sehingga bawang dan kentang lembut sedikit...
No comments:
Post a Comment