KEK PISANG
▼
Wednesday, June 20, 2018
DAGING MASAK KICAP...
DAGING MASAK KICAP
SIMPLE & SEDAP
Bahan-Bahan :
500 gm daging ~ potong ikut citarasa, lumur garam & serbuk kunyit
1 biji bawang besar ~ dimayang
2 tangkai cili merah ~ dihiris
Minyak masak untuk menggoreng
Cuka masakan secukupnya
Kicap lemak manis Jalen secukupnya
Cara Memasak :
1. Rebus daging di dalam kuali dengan air secukupnya sehingga daging empuk dan air kering. Jika belum empuk, tambahkan air lagi.
2. Bila air kering dan daging telah empuk, tuangkan minyak masak secukupnya dan goreng daging seketika sehingga agak keperangan. Masukkan cuka secukup rasa dan kicap manis secukupnya. Kacau rata.
3. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau sehingga bawang layu. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan...
No comments:
Post a Comment