SAMBAL SARDIN
Bahan-Bahan :
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
10 biji cili kering ~ direndam dalam air air panas hingga lembut & toskan
1 sudu kecil pes asam jawa
1 biji tomato ~ dipotong 6
1/4 cawan minyak masak
1 sudu besar kicap pekat manis
Sedikit garam & gula
Cara Memasak :
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering sehingga halus.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan sardin, tomato, pes asam jawa, garam, gula dan kicap. Masak sehingga pekat.
4. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment