KEK PISANG
▼
Friday, August 10, 2018
AYAM SAMBAL DAUN KARI...
RESEPI AYAM SAMBAL DAUN KARI
sumber : Majalah RASA Ogos 2018
saiz hidangan : 4 orang
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ digaul dengan garam kunyit & digoreng hingga masak
6 sudu makan cili kisar
1 sudu makan asam jawa ~ dicampur dengan 1/2 cawan air
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
2 batang serai ~ dititik
3 tangkai daun kari
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Bahan Tumbuk :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
2. Tumis bahan tumbuk, serai dan daun kari hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
4. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Masukkan hirisan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
6. Masukkan ayam yang sudah digoreng, gaul rata hingga bawang besar layu.
7. Tutup api dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment