KEK PISANG
▼
Friday, August 17, 2018
IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG...
IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG
PALING SIMPLE MUDAH & CEPAT
sumber : ninamirza.com
Bahan-Bahan :
5 ekor ikan kembung sederhana besar
2 biji bawang besar ~ dimayang halus
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 inci kunyit hidup ~ diketuk
2 batang serai ~ diketuk & hiris besar-besar
1-2 biji cili padi ~ diketuk
1-2 biji cili merah & cili hijau ~ hiris serong
1 keping asam gelugur
2 biji tomato ~ belah empat
6 biji kacang bendi (saya tambah)
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Ikan dibersihkan lalu ditoskan. Panaskan/didihkan air di dalam periuk dan masukkan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, serai dan cili padi. Rebus sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan asam gelugur dan kacang bendi, kacau, biarkan mendidih sehingga kacang bendi kelihatan lembut.
3. Selepas itu masukkan pula ikan dan tomato bersama cili merah dan cili hijau. Kecilkan api. Setelah mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah masak, bolehlah ditutup api dan dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas-panas...
No comments:
Post a Comment