KEK PISANG
▼
Wednesday, August 8, 2018
TELUR SAMBAL...
RESEPI TELUR SAMBAL
sumber : Insta@resepisedap
Bahan-Bahan :
10 biji telur ~ direbus selama 15-20 minit, jangan kurang dari masa itu jika nak dapatkan telur rebus yang cantik ~ dah siap rebus, buang air panas, basuh dengan air paip, lalukan bawah air paip sambil-sambil kupas kulitnya, dah siap kupas, goreng sekejap jika suka...
Bahan Kisar :
15 tangkai cili kering ~ rebus seketika hingga kembang & toskan
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Sedikit bahan perasa
1/2 cawan air
1 biji bawang besar ~ hiris bulat (hiasan)
Cili hijau atau merah ~ belah dua (hiasan), saya hiris jer
3 senduk minyak masak
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak, tumiskan bahan kisar sehingga berbau wangi. Masukkan gula, garam dan bahan perasa. Guna api sederhana. Tumiskan sehingga betul-betul naik minyak dan cili bertukar warna. Bila dah naik minyak, masukkan sos cili, kacau sebati sehingga berbuih-buih kemudian masukkan air. Bila dah mendidih, masukkan telur, kacau rata dan masukkan hiasan. Sesuaikan rasa, tutup api dan siap untuk dihidangkan.!!!
No comments:
Post a Comment