KEK PISANG
▼
Tuesday, September 11, 2018
ASAM PEDAS AYAM...
RESIPI ASAM PEDAS AYAM
sumber : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ dipotong kecil, cuci bersih & toskan
2 batang serai ~ dititik
4 helai daun limau purut
7-8 sudu besar cili kisar (atau 30 tangkai cili kering yang dah direbus lembut)
1 sudu kecil pes asam jawa atau secukup rasa
3/4 - 1 cawan minyak masak
Garam & gula secukupnya
Bahan Kisar :
2 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
Cara Memasak :
1. Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya bagi menambahkan warna pada ayam. Ketepikan.
2. Panaskan 3/4 cawan minyak masak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi sebelum dimasukkan cili kisar. Tumis sehingga cili kisar masak dan terbit minyak. Masukkan serai, kacau lagi.
3. Masukkan ayam dan kacau sehingga agak-agak ayam kecut. Masukkan air dalam 4 cawan atau secukupnya.
4. Masukkan daun limau purut dan pes asam jawa. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
NOTA : Menumis perlu minyak yang banyak. Selepas masak, bolehlah di ceduk keluar jika kelihatan minyak berlebihan...
No comments:
Post a Comment