KEK PISANG
▼
Thursday, September 6, 2018
AYAM MASAK MERAH TOMATO...
AYAM MASAK MERAH TOMATO
sumber : iresipi.com
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong sederhana kecil, cuci bersih & toskan
1 tin kecil kacang pis (tak letak)
1/2 biji bawang besar ~ hiris
1 sendok nasi minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai ~ titik
Bahan Kisar Halus :
1 biji tomato saiz besar
10-15 biji cili kering ~ buang biji & rebus hingga lembut
2 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
Cara Memasak :
1. Ayam yang dicuci bersih, lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit sehingga sebati.
2. Gorengkan ayam tadi 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga kekuningan.
4. Masukkan bahan kisar halus tadi dan masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan ayam, sos tiram, serai dan akhir sekali kacang pis. Perasakan dengan garam dan gula ikut kesesuaian rasa.
TIPS : Pastikan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak untuk mendapatkan sambal tumis yang masak sempurna dan lazat...
No comments:
Post a Comment