KEK PISANG
▼
Friday, September 14, 2018
IKAN SARDIN MASAK SAMBAL...
RESIPI IKAN SARDIN MASAK SAMBAL
Bahan-Bahan :
1 tin sardin saiz besar
3 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1/2 labu bawang besar ~ dihiris
1 biji tomato ~ belah 6
1 biji cili merah ~ dihiris
1 sudu besar cili kisar
Garam & serbuk perisa secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hiris sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga betul-betul garing dan masak.
2. Asingkan ikan sardin dan sosnya. Masukkan ikan sardin supaya ikan boleh tergoreng terlebih dahulu. Selepas ikan agak garing, masukkan sos sardin dan sedikit air.
3. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perisa secukupnya, cili merah hiris, bawang besar hiris, tomato. Kacau-kacau sebentar, tutup api, angkat dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment