KEK PISANG
▼
Tuesday, September 25, 2018
IKAN SIAKAP SAMBAL SERAI...
RESIPI IKAN SIAKAP SAMBAL SERAI
sumber : yatiememories...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 labu bawang besar ~ dimayang
2 batang serai ~ dititik
1/4 cawan jus/air asam jawa
Sedikit tepung jagung ~ untuk goreng ikan
Garam & gula secukup rasa
Daun sup ~ hiris sebagai hiasan (saya bubuh daun bawang jer)
Bahan Dikisar :
4 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1 cawan cili kisar (tak letak, lupa)
Cara Memasak :
1. Ikan dibersihkan, cuci dan toskan. Kelar-kelarkan sedikit permukaannya.
2. Lapkan dengan kitchen towel dan lumurkan sedikit garam. Kemudian lumurkan pula dengan sedikit tepung jagung dan goreng terendam dalam minyak.
3. Setelah masak, angkat dan toskan. Letakkan di dalam pinggan yang bersesuaian. Ketepikan dulu.
4. Di dalam kuali yang lain, panaskan minyak dalam 1/2 cawan dan tumiskan bawang besar yang dimayang sehingga sedikit layu. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan serai yang dititik tadi dan gaul lagi. (Tambahkan sedikit air sekiranya perlu).
6. Masukkan jus/air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Sesuaikan rasanya.
7. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah dimatikan api dan siramkan kuahnya ke atas ikan tadi.
8. Sedia dihidangkan..!!!!
No comments:
Post a Comment