KEK PISANG
▼
Wednesday, September 19, 2018
KARI AYAM TANPA SANTAN...
KARI AYAM TANPA SANTAN
sumber : buatoranglapo.com@youtube...
Bahan-Bahan :
6-8 ketul ayam
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia * ( * ditumbuk )
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 pelepah daun kari
5 sudu besar serbuk kari ayam/daging Adabi ~ dibancuh dengan sedikit air
2 cawan air
1 biji kentang ~ kupas kulit & potong ikut citarasa
Garam & gula secukupnya
Sedikit air limau kasturi
1 sudu besar sos tiram
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air tadi. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kacau-kacau sebentar. Kemudian masukkan air dan kentang. Biarkan sebentar sehingga kentang empuk/lembut.
4. Tambahkan garam, gula dan air limau kasturi secukup rasa. Masukkan juga sos tiram. Seimbangkan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment