KEK PISANG
▼
Wednesday, October 24, 2018
ASAM PEDAS IKAN PARI...
ASAM PEDAS IKAN PARI
sumber : Hanieliza...
Bahan-Bahan :
500 gm ikan pari ~ dipotong & dibersihkan
10 biji bendi (tak letak)
1 biji buah tomato ~ dipotong 4
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
3 cawan air
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Dikisar :
20 tangkai cili kering ~ direbus hingga lembut & toskan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, garam, daun kesum dan bendi kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
4. Masukkan buah tomato.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin...
No comments:
Post a Comment