KEK PISANG
▼
Tuesday, October 2, 2018
AYAM MASAK LEMAK CILI API...
RESEPI AYAM MASAK
LEMAK CILI API
sumber : Majalah RASA Oktober 2018...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ dipotong kecil & cuci bersih
6 biji bendi (saya tambah)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
3 batang serai ~ ketuk
1 kotak santan 'KARA'
2 cawan air atau secukupnya
1 helai daun kunyit ~ dicarik
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Bahan-Bahan Kisar Halus :
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah (tak letak, guna keseluruhan yang hijau)
10 biji cili padi hijau
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
Cara Memasak :
1. Di dalam periuk, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi dan masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit. Kemudian masukkan asam keping dan serai yang telah diketuk.
2. Tumis bahan tersebut sehingga sampai pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan masak biar pecah darah dan masukkan air 2 cawan atau secukupnya, biarkan mendidih. Masukkan juga bendi dan masak sehingga bendi sedikit lembut.
4. Masukkan pula santan (1 kotak) dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya serta daun kunyit yang di carik-carik.
5. Biarkan mendidih sekali lagi dan pecah minyak.
6. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan...
TIP : Masuk air dulu sangat berguna sebab selepas masuk santan tidak perlu nak kacau-kacau sangat memadai sekali sekala. Tidak akan pecah lemak & kuah dia akan jadi cantik jugak...
No comments:
Post a Comment