KEK PISANG
▼
Thursday, October 4, 2018
JUADAH TENGAHARI...
RESEPI TEMPE, KACANG &
IKAN BILIS BERLADA
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
2 keping tempe (berbungkus daun) ~ hiris nipis
1 genggam ikan bilis ~ rendam sekejap & toskan
1/4 cawan kacang tanah (tak letak, tiada stok)
1 sudu besar penuh bawang goreng
1 senduk cili kisar (guna senduk kecil)
2 sudu besar jus asam jawa
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
Secubit belacan * ( * ditumbuk halus )
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Tempe dan ikan bilis digoreng sehingga garing, angkat dan toskan. Kacang tanah digoreng sehingga keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk halus sehingga berbau harum. Tambahkan cili kisar dan tumis sehingga garing. Gunakan api perlahan. Tambahkan air asam jawa, masak sehingga pekat.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (selalunya manis sedikit). Kacau rata dan masukkan tempe goreng, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng dan bawang goreng. Gaul sehingga rata. Masak sekejap sehingga kering. Sesuaikan rasa dan tutup api. Biarkan sejuk dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara. Atau sedia dihidangkan...
RESEPI SUP SAYUR PETOLA
sumber : after6am.blogspot.com
Bahan-Bahan :
1 biji sayur petola ~ buang kulit keras & potong ikut citarasa
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
3 biji bawang merah ~ hiris
1 sudu makan udang kering ~ cuci bersih, rendam seketika & toskan
1 biji telur ~ dipukul ringan
Sedikit hirisan halia
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Buangkan kulit keras petola dan potong ikut citarasa.
2. Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga berbau harum.
3. Masukkan sedikit air atau secukupnya dan biarkan ia mendidih.
4. Apabila mendidih, masukkan sayur dan telur, kacau dan biarkan mendidih sehingga sayur lembut.
5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa dan tutup api.
6. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment