KEK PISANG
▼
Tuesday, October 16, 2018
NASI LEMAK BUNGA TELANG...
RESEPI NASI LEMAK BUNGA TELANG
sumber : qaseyhoney.blogspot.com
Bahan-Bahan :
15-20 kuntum bunga telang ~ cuci bersih, rendam dalam air panas (lebih kurang 1 cawan air selama lebih kurang 25 minit)
2 cawan beras basmathi ~ rendam selama 20-30 minit & toskan
1/2 cawan santan ~ nak rasa lagi lemak tambahkan 1/3 cawan lagi
1 biji bawang besar ~ hiris
1 inci halia ~ hiris kasar
2 batang serai ~ titik
2 helai daun pandan ~ disimpul
Air secukupnya (saya guna 3 cawan air & tambah air bunga telang tadi)
1 sudu besar minyak masak (optional)
Bahan Pelengkap :
Sambal tumis
Ikan bilis ~ goreng garing
Timun ~ hiris
Telur dadar/telur rebus/telur mata kerbau
Kacang goreng ~ jika suka
Cara Memasak :
1. Rendam terlebih dahulu bunga telang dalam air panas. Nakkan warna yang lebih terang tambahkan lagi bunga telang tersebut. Tetapi jangan terlalu banyak nanti rasanya jadi lain dan warnanya akan pekat dan tidak cantik.
2. Jika menggunakan beras basmathi, rendamkan terlebih dahulu selama 20-30 minit. Beras biasa basuh seperti biasa dan tidak perlu direndam. Toskan airnya.
3. Di dalam periuk, masukkan beras yang telah dibersihkan. Masukkan halia, bawang besar, daun pandan, serai dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan air bunga telang tadi. Tapiskan dan ambil airnya sahaja. Tambahkan santan dan sukat airnya seperti biasa.
4. Jika suka boleh tambahkan minyak masak. Tak letak pun tak apa. Kacau sehingga rata dan masak dengan menggunakan rice cooker seperti biasa sehingga nasi masak.
5. Apabila nasi sudah masak, gemburkan dengan menggunakan garpu/chopstick. Siap dan bolehlah dihidangkan terus...
SAMBAL KOSONG
sumber : resepiibundo.blogspot.com
Bahan-Bahan :
3 senduk gulai pes cili kering
4 ulas bawang putih ~ titik & cincang halus
3 biji bawang besar ~ ditumbuk atau diblender kasar
1/2 inci halia ~ ditumbuk halus
2 batang serai ~ diketuk
1 sudu besar gula
Air asam jawa secukupnya
1 sudu besar serbuk pati ayam Knorr
Minyak masak
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak. Biarkan banyak untuk menggaring sambal.
Ianya boleh dibuang kemudian.
Tumiskan halia, bawang putih dan serai sehingga berbau wangi.
Masukkan bawang besar. Masak sehingga bawang betul-betul masak dan kering airnya.
Kemudian baru masukkan pes cili kering. Masukkan pula garam, gula dan serbuk pati ayam.
Goreng sehingga cili garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa secukupnya. Adjust@sesuaikan rasa supaya semua rasanya lengkap.
Apabila sudah masak, buangkan minyak yang berlebihan...
NOTA : Sedap sambal yang dibubuh serai ni. Tetapi pastikan ia ditumis dulu bersama bahan tumbuk/blender sebelum dimasukkan cili...
No comments:
Post a Comment