KEK PISANG
▼
Friday, November 16, 2018
AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS...
AYAM GORENG CILI HALIA
MASAM MANIS
sumber : Insta@resepisedap...
Bahan-Bahan :
1/4 ekor ayam ~ dipotong, lumur garam kunyit & goreng, ketepikan
3 biji bawang merah ~ sederhana besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cili padi
1 atau 2 keping asam gelugor
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil sos ikan
1 batang serai ~ titik
Hirisan bawang besar secukupnya ~ anggaran 1 biji sederhana besar
Minyak masak untuk menggoreng & menumis
Garam, gula/gula merah (jika suka)
Cara Memasak :
Kupas dan kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, lada merah dan belacan.
(Jangan lumat sangat).
Masukkan ke dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana), goreng/tumis sehingga naik bau dan masukkan sedikit air supaya tidak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap dan masukkan gula 1/2 sudu kecil sahaja dan sedikit gula merah.
Masukkan sos ikan, sos tiram, asam gelugor, cuka masakan dan serai yang dititik tadi.
Goreng/tumis sampai naik bau, kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.
Masukkan ayam yang digoreng tadi dengan hirisan bawang besar, gaul sehingga bawang layu dan tutup api. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment