KEK PISANG
▼
Friday, November 2, 2018
LEMAK CILI PADI TELUR...
LEMAK CILI PADI TELUR AYAM
DENGAN KACANG PANJANG
Bahan-Bahan :
5 biji telur ayam
6 batang kacang panjang ~ potong pendek
1 kotak kecil santan
3 cawan air
10 biji cili padi * (boleh tambah jika suka lebih pedas)
1 inci kunyit hidup *
2 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 helai daun bay kering
1 batang serai ~ ketuk
1 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Cara Memasak :
Tumbuk lumat bahan bertanda (*).
Campurkan santan dengan air di dalam periuk.
Masukkan bahan tumbuk, asam gelugur, daun bay dan serai, didihkan dengan api sederhana.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji di dalam mangkuk
Tuangkan telur yang di dalam mangkuk tadi ke dalam kuah santan sebiji demi sebiji perlahan-lahan.
Biarkan mendidih perlahan-lahan dan jangan dikacau hingga kuning telur mengeras.
Masukkan garam dan serbuk perasa (jika guna) diikuti dengan kacang panjang.
Didihkan sekejap dan sesuaikan rasa. Tutup api.
(** Sebaiknya kacang panjang dimasak sekejap sahaja dan tidak sampai terlalu layu)...
No comments:
Post a Comment