KEK PISANG
▼
Thursday, November 22, 2018
PELBAGAI MENU IKAN...
IKAN SELAR GORENG BERLADO
sumber : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
4-5 ekor ikan selar ~ lumur garam kunyit
1 biji tomato ~ kisar sedikit hancur
2 sudu besar cili kering kisar
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Bahan Tumbuk :
5 tangkai cili merah saiz panjang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng garing ikan selar. Angkat dan toskan.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili kisar masak, garing dan pecah minyak.
3. Masukkan tomato yang dikisar sedikit halus. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
4. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Kacau rata sambal berlado dengan ikan. Sesuaikan rasa, tutup api. Sedia dihidangkan...
NOTA : Sedap juga jika dimasukkan sehelai daun kunyit...
ASAM REBUS IKAN PARI DENGAN BENDI
Bahan-Bahan :
2 keping ikan pari ~ potong ikut suka, cuci bersih-bersih & toskan
3-4 ulas bawang merah *
1/2 inci kunyit hidup *
1/2 inci lengkuas *
2 biji cili padi merah atau 1 biji cili merah
1-2 keping asam gelugor
2 kuntum bunga kantan
10 biji kacang bendi
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Kisar atau tumbuk bahan-bahan bertanda (*) kemudian baru masukkan cili padi dan tumbuk separuh lumat.
2. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk, asam gelugor, bunga kantan dan 2-3 cawan air, masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan perasa secukup rasa kemudian masukkan kacang bendi dan masak sekejap sekadar kacang bendi layu saja.
SAMBAL TUMIS SARDIN
sumber : Azie Kitchen
Bahan-Bahan :
1 tin besar sardin
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
1 biji tomato ~ dibelah 6 (tambahan)
Air asam jawa secukupnya atau 1/4 keping asam gelugor
1 sudu kecil garam halus
Gula secukupnya
Bahan Kisar :
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10-15 tangkai cili kering ~ rebus dulu hingga lembut
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng ikan sardin seketika. Tutup kuali supaya ianya tidak meletup dan mengotorkan dapur. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga cili benar-benar masak dan terbit minyak. Masukkan sedikit gula dan kacau lagi kemudian masukkan sedikit air asam jawa atau asam gelugor. Kalau telah rasa masam, bolehlah dikeluarkan asam gelugor.
3. Masukkan sos sardin ke dalamnya dan garam secukup rasa. Kacau rata. Jika kering, masukkan sedikit air.
4. Akhir sekali, masukkan ikan sardin, tomato dan bawang besar. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yang diingini. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment