KEK PISANG
▼
Monday, November 19, 2018
SAYUR KOBIS MASAK AIR...
SAYUR KOBIS MASAK AIR
Bahan-Bahan :
1/4 biji kobis bulat
1 batang lobak merah, saiz kecil ~ potong memanjang
2 keping tauhu ~ potong kiub
2 biji telur
1 sudu makan ikan bilis yang telah dibuang perut & dibelah dua
1 biji bawang besar ~ dihiris kasar
1 liter air atau secukupnya
Sedikit garam
Sedikit perasa, jika suka (saya guna 1/2 ketul kiub ikan bilis)
Cara Memasak :
1. Satukan air, bawang besar dan ikan bilis di dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan sayuran-sayuran, tauhu. Biarkan mendidih.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Biarkan telur sedikit mengeras.
4. Sesuaikan rasanya, tutup api dan bolehlah diangkat dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment