KEK PISANG
▼
Sunday, December 30, 2018
AYAM MASAK ASAM TUMIS BEREMPAH...
AYAM MASAK ASAM TUMIS BEREMPAH
sumber : Majalah RASA Disember 2018
Bahan-Bahan :
1 kg ayam ~ dipotong 12-14, cuci & toskan
2 batang bunga kantan ~ belah dua atau empat
6 tangkai daun kesum
1/2 cawan air asam jawa
6 sudu makan pes cili kisar
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
Bahan Rempah Tumis :
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
2 cm belacan (jika suka)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan rempah penumis kemudian masukkan bahan kisar.
2. Kacau rata hingga wangi, baru dimasukkan pes cili kisar.
3. Kacau lagi hingga pecah minyak dan sedikit garing.
4. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan masukkan ayam.
5. Biarkan ayam kecut dan tambah sedikit air dan masukkan bunga kantan serta daun kesum.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Biarkan mereneh 2-3 minit lagi, kemudian tutup api.
8. Asam pedas ayam sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment