KEK PISANG
▼
Friday, December 21, 2018
LABU MASAK LEMAK TULANG IKAN TALANG KERING...
LABU MASAK LEMAK DENGAN
TULANG IKAN TALANG KERING
sumber : salamisimon1.blogspot.com
Bahan-Bahan :
200 gm labu manis ~ kupas kulit, dipotong dadu
4 keping tulang ikan talang kering
100 gm sayur cekur manis
4 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
7 biji cili padi * ( * ditumbuk )
1 batang serai ~ dititik
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan santan pekat
Garam & perasa (jika suka)
Cara Memasak :
1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan serai dan serbuk kunyit, kacau sebati.
3. Masukkan labu dan tambahkan 300 ml air. Biarkan mendidih atau sehingga labu empuk.
4. Masukkan tulang ikan talang kering, kacau sebati.
5. Masukkan santan pekat dan diakhiri dengan sayur cekur manis. Masukkan garam dan perasa.
6. Sesuaikan rasa, tutup api. Sedia dihidangkan...
SAMBAL SARDIN
sumber : hanieliza
Bahan-Bahan :
1 tin besar sardin
3 sudu besar sos tomato
2 biji tomato ~ dibelah 4
1 labu bawang besar ~ dihiris kasar
5 biji limau kasturi ~ diambil jusnya
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Dikisar :
15 tangkai cili kering ~ rendam dalam air panas hingga lembut & toskan
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan sardin, bawang besar dan sos tomato. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan buah tomato dan kacau rata.
4. Tutup api dan masukkan jus limau.
5. Sesuaikan rasa, tutup api. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment