KEK PISANG
▼
Saturday, December 1, 2018
NASI AYAM SIMPLE & SEDAP!!!!
NASI AYAM SIMPLE & SEDAP
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ dipotong empat (saya potong kecil-kecil jer)
1 paket sup bunjut
1 labu bawang besar ~ dipotong empat
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 inci halia ~ diketuk
Cara-Cara Penyediaan :
1. Rebus semua bahan di atas sehingga mendidih. Kemudian keluarkan ayam dan toskan. Guna separuh air rebusan tadi untuk memasak nasi dan asingkan separuh lagi untuk dijadikan sup dengan menambahkan kiub pati ayam serta daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.
2. Ayam : Perapkan ayam tadi dengan 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap cair, 2 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar madu. Goreng sehingga keperangan dan potong ketika menghidang.
3. Kuah Cili : Kisar 5 tangkai cili merah, 1 ulas bawang putih, garam dan gula secukup rasa, 1/2 sudu kecil cuka masakan dan 2 sudu besar sos cili hingga sebati. (saya panaskan seketika, anggaran 5-10 minit).
4. Kuah Kicap : Campurkan 1 cawan air rebusan ayam tadi dengan 5 sudu besar kicap manis, 3 sudu besar kicap masin dan 1/2 sudu kecil minyak bijan. (saya panaskan seketika, anggaran 5-10 minit).
Untuk Nasi :
Bahan-Bahan :
3 cawan beras ~ cuci & toskan
4 1/2 cawan air rebusan ayam (saya lebihkan sedikit, bergantung pada beras yang digunakan)
3 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
1 helai daun pandan ~ cuci & simpul
Lemak dan kulit ayam secukupnya
Sedikit mentega & minyak masak
1 sudu kecil garam atau secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak campurkan sedikit mentega di dalam periuk nasi letrik, tumiskan bahan-bahan yang dihiris nipis sehingga wangi, masukkan lemak ayam, kacau sehingga sebati dan pecah minyak.
2. Masukkan pula beras dan kacau lagi dalam 1-2 minit.
3. Seterusnya masukkan air rebusan ayam, daun pandan, garam dan beberapa titis pewarna kuning (jika suka) dan masak seperti nasi biasa. (Kemudian saya alihkan periuk ke dalam rice cooker tekankan 'ON' dan masak seperti biasa)...
No comments:
Post a Comment