KEK PISANG
▼
Monday, December 3, 2018
PAJERI TERUNG...
PAJERI TERUNG
sumber : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
3 biji terung ungu panjang
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
7 biji cili kering * ( * dikisar )
3 ulas bawang merah **
2 ulas bawang putih ** (** dihiris)
1 sudu besar udang kering ~ rendam sekejap & tumbuk
4 rempah sekawan (1 kayu manis, 1 bunga lawang, 2 buah pelaga, 2 bunga cengkih ~ anggaran jer, untuk menumis)
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
Udang hidup secukupnya ~ buang kulit
Santan secukupnya
Air asam jawa secukupnya
Garam, gula melaka secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Terung dipotong 2 jika terung agak panjang dan dibelah jangan sampai putus. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng seketika. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak kembali dan tumis rempah 4 sekawan, bawang merah dan bawang putih hiris sehingga kekuningan. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan udang hidup, kemudian masukkan santan secukupnya. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan air asam jawa secukupnya.
5. Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng tadi. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak. Angkat dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment