KEK PISANG
▼
Saturday, December 15, 2018
SAMBAL KICAP AYAM...
SAMBAL KICAP AYAM
rujukan : buku masakan
Bahan-Bahan :
500 gm ayam
2 batang serai ~ diketuk
5 helai daun limau purut ~ dicarik
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak masak
Garam (sekiranya perlu)
Bahan Dikisar :
20 tangkai cili kering ~ rendam dalam air panas seketika sehingga lembut
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air
Cara Memasak :
1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap. Gaul rata.
5. Masak sehingga naik minyak.
6. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment