KEK PISANG
▼
Sunday, January 20, 2019
SAMBAL TAUHU MASAM MANIS...
SAMBAL TAUHU MASAM MANIS
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
2-3 keping tauhu keras atau taukwa
1/3 cawan isi udang saiz kecil (tak letak)
1 biji bawang besar ~ potong berangkai & dileraikan
1 1/2 senduk nasi cili kisar (saya guna 2 sudu makan)
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1/2 cawan jus asam jawa
Garam & gula secukup rasa
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 sudu makan ikan bilis * (saya tambah)
3/4 inci belacan * ( * tumbuk halus )
Cara Memasak :
1. Tauhu dipotong dadu kemudian goreng sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis kemudian masukkan bahan tumbuk halus dan tumis sehingga wangi. Tambahkan cili kisar, sos cili dan sos tomato, kacau dan tumis sehingga terbit minyak, menggunakan api sederhana.
2. Masukkan jus asam jawa, gula dan sedikit garam, kacau dan masak sehingga pekat. Masukkan udang dan bawang besar. Masak sekejap dan masukkan tauhu tadi. Gaul rata dan masak sehingga pekat. Sesuaikan rasa dan jika perlu tambahkan sedikit lagi garam. Masak sekejap dan bolehlah tutup api, angkat dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment