KEK PISANG
▼
Friday, January 4, 2019
SAMBAL TEMPE TAUHU...
SAMBAL TEMPE TAUHU
sumber : karangkraf.com
Bahan-Bahan :
2 paket tempe ~ potong/hiris
3 keping tauhu ~ potong/hiris
2 1/2 sudu makan cili giling
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih * ( * hiris/tumbuk )
4 sudu makan air asam jawa
1/2 sudu makan gula
1/2 inci belacan
1 kuntum bunga lawang
Garam secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng tempe serta tauhu yang telah dihiris. Setelah itu angkat dan toskan minyaknya.
2. Tinggalkan sedikit minyak gorengan tadi di dalam kuali, tumiskan bunga lawang, bawang merah serta bawang putih hingga berbau wangi.
3. Bila wangi, masukkan cili giling dan belacan, kacau hingga naik baunya dan cili giling garing dan naik minyak.
4. Masukkan pula air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, kacau hingga sedikit pekat.
5. Masukkan tempe dan tauhu yang digoreng tadi, gaul sekata dan tutup api. Sedia dihidangkan.
tempee tauhu kalo goreng saja pun tak tolak..
ReplyDeleteapa lagiii sambal nyuuums..