KEK PISANG
▼
Tuesday, January 29, 2019
SAYUR BAYAM TUMIS AIR & KELEDEK...
SAYUR BAYAM TUMIS
AIR & KELEDEK
Bahan-Bahan :
1 ikat sayur bayam hijau ~ dipotong
1 biji keledek sederhana ~ kupas kulit & potong
1 ulas bawang putih ~ dihiris
2 ulas bawang merah ~ dihiris
2 sudu makan ikan bilis
1 tangkai cili merah ~ dihiris
Serbuk perasa ikan bilis secukupnya
Minyam masak untuk menumis secukupnya
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang merah, cili merah dan ikan bilis sehingga naik bau.
2. Masukkan keledek dan air secukupnya. Biarkan mendidih dan keledek setengah empuk.
3. Selepas itu masukkan sayur bayam, serbuk perasa ikan bilis dan garam secukup rasa.
4. Masak sehingga sayur bayam layu sedikit dan keledek empuk.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment