KEK PISANG
▼
Monday, January 21, 2019
SIAKAP KENGSOM YANG MUDAH & SANGAT SEDAP...
RESEPI SIAKAP KENGSOM
sumber : Azie Kitchen...
1 ekor ikan siakap ~ dipotong ikut citarasa
1/2 biji nanas ~ dipotong ikut citarasa
1 ikat kangkung ~ cuci bersih & potong
2 batang serai ~ di ketuk
1 biji limau nipis ~ perah & ambil jusnya
Garam & gula secukupnya
Bahan Kisar :
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar saiz sederhana
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Cara Memasak :
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan nanas dan serai. Masak sehingga mendidih seketika sebelum dimasukkan ikan.
3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Tutup api dan masukkan sayur kangkung kerana mahu sayur kangkung yang masih rangup.
5. Masukkan perahan jus limau nipis. Kacau rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.
NOTA : Masakan Thailand ni, mesti ada rasa masam, manis dan pedas, barulah sedap.
No comments:
Post a Comment