KEK PISANG
▼
Wednesday, February 6, 2019
AYAM KUNYIT KEDAYAN...
AYAM KUNYIT KEDAYAN
sumber : Majalah RASA Februari 2018...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ potong kecil, cuci bersih & toskan
2 sudu makan pes cili kisar
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai ~ titik
2 keping asam gelugor
1 liter santan
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak
Air ~ jika perlu
Bahan Kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan pes cili kisar, belacan, serbuk kunyit dan serai, kacau seketika.
3. Setelah tumisan pecah minyak, masukkan ayam dan asam gelugor.
4. Masukkan sedikit air, kacau rata sehingga ayam kecut.
5. Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment