KEK PISANG
▼
Friday, February 8, 2019
AYAM MASAK MADU...
AYAM MASAK MADU
sumber : SAJI April 2018...
Bahan-Bahan :
6 ketul ayam ~ gaulkan dengan garam & serbuk kunyit
2 batang serai ~ ketuk
1 cm halia ~ kisar
1/2 labu bawang besar ~ kisar
6 ulas bawang putih ~ kisar
8 tangkai cili kering ~ kisar
4 sudu besar sos cili
8 sudu besar madu
Sedikit garam
Minyak masak
Bahan Tumis :
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak, goreng ayam sehingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kurangkan sedikit minyak, tumis bahan tumis, masukkan serai, bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering yang dikisar sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili dan madu, kacau sebati.
4. Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng tadi. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment