KEK PISANG
▼
Monday, February 25, 2019
GULAI AYAM DAUN KESUM...
GULAI AYAM DAUN KESUM
sumber : ruzita's kitchen...
Bahan-Bahan :
400 gm ayam
1 ikat daun kesum
8 biji bendi (saya tambah)
1 keping asam gelugor
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam kasar
1 cawan santan pekat
1.5 liter air
Bahan Kisar :
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 inci halia
Cara Memasak :
1. Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk.
2. Masukkan ayam, garam, gula, asam gelugor dan serbuk kunyit.
3. Masak sehingga ayam empuk.
4. Bila mendidih dan ayam empuk, masukkan santan, bendi dan daun kesum.
5. Kacau sehingga mendidih dan bendi sedikit layu/masak.
6. Sesuaikan rasa. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment