KEK PISANG
▼
Monday, February 11, 2019
IKAN MASAK KICAP...
IKAN MASAK KICAP
sumber : SAJI April 2018...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan tongkol atau ikut pilihan ~ lumur garam kunyit & goreng
1 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar ~ hiris bulat
1 tangkai cili merah & hijau ~ hiris
1 tangkai daun bawang ~ hiris
1 batang kulit kayu manis
Bahan-Bahan Sos :
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
2 sudu kecil sos tiram
Sedikit gula
Bahan Kisar :
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cm halia
Cara Memasak :
1. Ikan tongkol yang telah dibersihkan, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng ikan tongkol sehingga masak, angkat dan ketepikan.
2. Di dalam kuali lain, panaskan minyak masak secukupnya, tumiskan kulit kayu manis dan bahan kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar, tumis lagi sehingga cili garing.
3. Masukkan kesemua bahan sos dan kacau sebati. Masukkan sedikit air, agar ia sedikit berkuah.
4. Setelah mendidih, masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan hijau. Akhir sekali, masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan taburkan sedikit hirisan daun bawang.
5. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment