KEK PISANG
▼
Tuesday, February 5, 2019
PINDANG TUMIS IKAN SENANGIN...
PINDANG TUMIS IKAN SENANGIN
sumber : Majalah RASA Disember 2018
Bahan-Bahan :
500 gm ikan senangin ~ bersihkan & potong dua (saya guna ikan merah)
1 batang timun saiz kecil ~ buang biji & potong serong
3 tangkai daun kesum
1 batang serai ~ titik
1 biji tomato ~ belah empat (tak letak)
2 keping asam gelugor
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
2 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 cm kunyit hidup
4 biji cili merah
5 biji cili padi
2 biji buah keras
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali.
2. Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak dan berbau wangi.
3. Masukkan air, biarkan kuah mereneh.
4. Seterusnya masukkan ikan bersama asam gelugor dan daun kesum.
5. Biarkan kuah mereneh sehingga ikan masak.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan timun dan tomato.
8. Selepas dua minit tutup api.
9. Pindang tumis ikan sedia dihidangkan...
INFO : Jika suka boleh tambahkan bunga kantan atau daun limau purut.
No comments:
Post a Comment